About Me

My photo
Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Sunday, February 22, 2009

Ganjaran Dalam Amalan

















Teman2,
Terlebih dahulu izinkan saya
menyentuh tentang ganjaran.

Ganjaran adalah sesuatu yang boleh meningkatkan keinginan individu untuk membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Ganjaran berupa wang, pangkat, kedudukan dan apa-apa jer bentuk faedah yang menjanjikan pulangan yang lumayan adalah faktor yang biasanya menjadi pendorong kepada kita untuk membuat sesuatu perkara dengan sabar dan tekun. Hatta dengan anak-anak, biasanya kita menjanjikan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka untuk menolong atau pun belajar. "kalau along dapat 5A dalam UPSR nanti, ayah belikan PS3", Ungkapan sebegini biasanya mendorong seorang kanak-kanak itu untuk belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah yang telah dijanjikan, apatah lagi jika hadiah itu merupakan sesuatu yang memang mereka inginkan dan idam-idamkan.

Begitu juga dalam amalan seharian kita yang berkaitan dengan agama; zikir, sembanyang sunat, puasa sunat serta amalan-amalan sunat yang lain yang telah dinyatakan pahala atau ganjaran yang boleh didapati jika kita mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh.

Tapi sedarlah, berharap dan berkehendakkan ganjaran atau pahala dari amalan atau sesuatu yang kita perbuat inilah yang merupakan kesilapan dan kesalahan terbesar kita sebagai manusia dan hambaNya.

Memang tidak salah untuk mengharapkan pahala atau ganjaran dari Allah atas amalan yang telah kita lakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati. Tapi tidak malukah kita dengan anugerah Allah kepada kita atas apa yang telah kita kecapi dan rasai sejak kita lahir dan mengenali dunia ini? Udara yang segar untuk bernafas, air yang bersih untuk diminum, tubuh dan anggota badan yang sihat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Semua yang kita kecapi dan nikmati ini tidak langsung diharapkan balasan oleh Yang Maha Kuasa.

Pokok pangkalnya, ganjaran yang kita dambakan itu mestilah sesuatu yang amat berharga serta sesuatu yang tak ternilai harganya yang akan menggembirakan dan membahagiakan kita didunia lebih-lebih diakhirat kelak.

p/s... Apakah anugerah yang paling berharga itu? Fikir-fikirlah


wassalam

1 comment:

  1. Terlebih dahulu syabas kerana saudara mula menulis. Penulisan sebegini memperkaya dan mempertajamkan lagi pemikiran saudara. Tahniah!

    Memang benar apa yang saudara tulis. Saya yakin saudara ingin menulis secara lebih dalam lagi tentang perkara ini. Namun saudara merasakan ianya agak berat. Tidak mengapa, saya faham dan saya menyokong saudara.

    Blog saudara telah saya masukkan ke dalam senarai 'blog kawan-kawan' saya. Teruskan menulis. Salam.

    ReplyDelete