About Me

My photo
Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Monday, March 16, 2009

Apa Yang Anda Inginkan Dalam Kehidupan Ini?

Semua makhluk dialam fana ini terutama sekali yang bergelar manusia menginginkan kehidupan yang senang, aman damai, selesa dan tenang. Setiap dari kita mempunyai pengertian serta keinginan yang berbeza tentang kehidupan itu sendiri. Sebahagian dari kita berharapkan untuk mencapai kesenangan dan keselesaan dalam hidup. Sesetengahnya mendefinisikannya dengan kekayaan dan kejayaan yang dimiliki. Yang lain menganggap dengan kuasa mereka akan merasa kegembiraan itu. Ada pula berpendapat hidup bersederhana akan memberikan mereka kesenangan dan ketenangan hidup.

Apa jua yang kita ingin capai dalam kehidupan kita, kita sepatutnya sedar dan insaf bahawa apa jua tujuan dan matlamat hidup kita, ianya tidak dapat lari daripada tatasusila dan etika sebagai umat Islam. Walaupun masih ramai yang seolah-olah atau sengaja melupakan tujuan dan kehidupan sebagai hamba Allah itu sendiri, ada juga yang sedar dan insaf akan matlamat hidup mereka. Kehidupan didunia ini adalah menjadi tempat untuk mengumpul dana akhirat supaya di sana nanti kita tidak melarat.

Kita selalu dengar orang menyebut 50:50 antara kehidupan dunia dengan akhirat. Tapi adakah kita benar-benar dapat membahagikan masa kita sebaik mungkin? Apa yang perlu dilakukan oleh kita adalah sesuatu perkara yang ingin dilakukan hatta benda yang dianggap remeh sekalipun, kita niatkan dan lakukan semata-mata kerana dan hanya untuk Allah. InsyaAllah, kita akan dapati perjalanan hidup kita akan lebih senang, aman dan tenang.

No comments:

Post a Comment