About Me

My photo
Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Wednesday, March 25, 2009

Sedekah / Sumbangan

Topik kali ini nampak macam suatu isu yang remeh dan dipandang enteng oleh sesetengah daripada kita. Tidak kiralah walaubagaimana pun bentuk sedekah /sumbangan itu samada dari segi hartabenda maupun wang ringgit, juga tidak kira berapa nilai sedekah ataupun sumbangan yang diberikan, ianya mungkin dapat membantu dan meringankan beban pihak yang berkenaan.

Yang penting adalah setiap orang yang ingin memberi sedekah / sumbangan itu mestilah ikhlas kerana segala amal perbuatan kita akan dinilai oleh Allah dari segi keikhlasan kita pada tiga peringkat amalan / perbuatan kita iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran.

Kadang-kadang semasa hendak memberi dan selepas memberi sedekah / sumbangan itu hati kita berbolak balik dan kadang-kala kita akan fikirkan samada orang itu benar-benar memerlukan bantuan atau pun adakah sedekah atau sumbangan kita itu akan disalurkan kejalan yang betul.

Disinilah pentingnya niat yang ikhlas dan kita lepaskan segala amalan kita itu kepada Allah. Apa pun yang akan dilakukan atas sumbangan atau pun kemanakah akan dibelanjakan itu adalah antara mereka dengan Allah. Yang penting kita telah melaksanakan tanggungjawab dan menjalankan tugas kita semata-mata kerana Allah

No comments:

Post a Comment