About Me

My photo
Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Thursday, March 5, 2009

Kuasa

Saya tertarik untuk membicarakan tentang "kuasa" dan secara tak langsung menyentuh tentang isu hangat yang sedang berlaku di negara kita sekarang ini...

Pada kebiasaannya setiap individu itu mempunyai keinginan untuk berkuasa atau menjadi ketua didalam sesebuah organisasi, syarikat atau sebagainya.

Sebelum mandapat mandat atau diberi kuasa biasanya kita mempunyai keazaman atau hasrat untuk melakukan sesuatu perkara yang difikirkan baik dan bermenafaat untuk diri kita khasnya dan untuk kepentingan umum amnya.

Tapi berapa kerat sahaja yang benar2 berjaya memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas yang diberi sebaik mungkin. Tidak mementingkan diri sendiri dan menjadikan tugas itu sebagai amanah dari orang ramai dan juga Allah, dan harapan orang bawahan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Ada yang bila berada di puncak kuasa seakan melupakan orang sekeliling yang banyak membantu mereka selama ini. Yang lebih dasyat menjadi kuda tunggangan atau boneka orang tertentu untuk kepentingan mereka. Yang lebih parah bilamana sesuatu yang selama ini menjadi hak orang melayu/islam dengan mudahnya ingin ditukar dan dipindah hak milik kepada orang asing supaya sokongan daripada orang asing ini sentiasa berada dibelakang mereka. Mereka seakan-akan lupa bahawa orang asing ini tidak akan sekali-kali berkompromi untuk melakukan benda yang sama kepada orang melayu/islam.

Yang terlebih lucunya bila kekuasaan mereka tiba2 sahaja 'dirampas' atau berpindah milik kepada pihak lain, mereka tanpa segan silu menyalahkan pihak yang berjaya 'merampas' kuasa mereka itu.

Tidak dinafikan bahawa pihak atau golongan yang mendapat kembali kuasa mereka itu kebanyakannya merupakan pihak yang sememangnya 'gila kuasa'.

Tapi yang sedihnya pihak yang tewas ini merupakan golongan yang mengaku diri mereka pendokong agama Islam yang suci. Inilah yang berlaku bilamana kepentingan diri diletak kedepan berbanding dengan perjuangan menegakkan agama itu sendiri. Islam hanya diluaran dan menjadi pakaian hidup, tapi bukan intipati untuk dijadikan cara hidup dan pegangan.

Mereka telah lupa bahawa kuasa yang telah diberikan kepada mereka selama ini hanya 'pinjaman' semata dan tidak selamanya menongkat langit. Kuasa Allah mengatasi segalanya. jika mereka bertafakur dan bermuhasabah tentang apa yang telah berlaku nescaya tiada berlakunya 'havoc' seperti sekarang ini.

No comments:

Post a Comment