About Me

My photo
Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Wednesday, March 4, 2009

Cinta

Cinta adalah satu perkataan unversal yang cukup indah...

Mengungkap frasa cinta, sesiapa sahaja ada perasaan cinta dalam diri untuk insan2 atau perkara2 yang berada disekeliling mereka, hatta haiwan pun mempunyai perasaan cinta dan menyintai.

Cinta pada kekasih, rasanya terlalu indah, apatah lagi bila mengetahui yang cinta kita itu dibalas dan sidia juga terlalu menyintai kita. Apa sahaja halangan yang berada didepan sanggup diharungi dan di tempuhi asal sahaja dapat bersama dengan si jantung hati. Lautan api sanggup di renangi, kelurah sanggup dijejaki, malahan sanggup dibelah dada untuk membukti cinta sejati pada sang kekasih. Begitu hebat sekali penangan cinta.

Cinta pada keluarga pula merupakan sesuatu yang akan membahagiakan kita. Dengan sebuah keluarga yang aman damai, tenang dan bertolak ansur, kita rasakan tidak ingin apa2 lagi dalam kehidupan kita. Sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan memberikan kita ketenangan dalam mengahadapi cabaran hidup ini.

Cinta Pada teman2 juga akan menyebabkan hidup kita dalam kegembiraan. Mempunyai teman2 atau sahabat yang baik dan memahami membuatkan kita senang walaupun mempunyai pelbagai masalah, kerana kita tahu teman2 itu sanggup menolong dan membantu kita.

Cinta Pada alam membuatkan kita akan rasa tenang dan damai. Dengan melihat sekeliling dan persekitaran yang menggembirakan, sekurang-kurangnya ianya dapat merehatkan dan mententeramkan jiwa dan minda kita yang bercelaru dengan pelbagai masalah.

Cinta Pada Tanah akan memberikan kita hasil yang cukup lumayan. Kata bijak pandai berbakti pada tanah, tidak akan ada ruginya dan segala penat lelah dan jerit perih kita akan terbayar bila mana tibanya musim menuai dan kita dapat menikmati hasilnya.

Cinta Pada Ibu bapa adalah merupakan cinta yang tiada terkira balasannya. Menyayangi dan mengasihi serta melayan mereka dengan sopan santun dan budi pekerti yang mulia akan membuatkan kehidupan yang kita lalui akan sentiasa direstui dan dilimpahi rahmatNya. Walaupun kita tahu walau macam mana kita berbakti pada kedua2nya, jasa dan pengorbanan mereka tidak akan terbalas.

Cinta Pada Anak2 membuatkan kehidupan kita tidak akan pernah merasa sunyi. Dikelilingi anak2 dengan gelak tawa dan gurau senda mereka selalunya membuatkan hidup kita merasa gembira. Anak2 memahami samada kita menyukai dan menyayangi mereka, dan mereka akan membalasnya dengan perkara2 yang kadangkala diluar jangkauan kita, dan yang pastinya akan membahagiakan kita.

Cinta Pada Isteri merupakan suatu yang amat manis, ini kerana pada kebiasaannya seseorang isteri yang mempunyai cinta dan kasih-sayang yang mendalam kepada seseorang suami akan menjadi penyokong dan pendamping yang sentiasa disisi seorang suami terutama sekali disaat sang suami sedang menghadapi suatu musibah atau masalah dalam hidup mereka samada kerja atau sebagainya. Sifat berdiam diri seorang isteri itu terutama sekali jika suami perlukan ketenangan dan jauh sekali leteran atau bebelan adalah sesuatu yang amat dihargai oleh seseorang suami. Begitu juga bilamana kita dalam keadaan gembira, mereka sang isteri dpt sama meraikan dan mengecap kebahagiaan itu..

Akhir sekali....

Cinta pada Khaliq, Cinta pada yang empunya cinta, Cinta Pada Allah. Cinta ini adalah yang paling agung dan paling mulia...
Mencintai Dia sebelum kita mencintai yang lain
Mencintai Dia semasa kita mencintai yang lain,
Mencintai Dia dalam kita mencintai yang lain,

Jika kita dapat menperolehi dan merasa cintaNya... Ya Allahhhh... tak terucap betapa indah dan bahagianya....


Kesimpulannya...

Cinta Pada Kekasih... Aduh indahnya...
Cinta Pada Keluarga... Bahagia rasanya...
Cinta Pada Teman2... Banyak kelebihannya...
Cinta Pada Alam... Tenang rasanya...
Cinta Pada Tanah... Ada hasilnya...
Cinta Pada Ibubapa... Syurga tempatnya...
Cinta Pada Anak2... Gembira tak terkata...
Cinta Pada Isteri2... Dunia ana yang punya (petikan dari filem Madu 3)...Hehehe
Dan
Cinta Pada Allah... Kitalah insan yang paling berjaya...

Semoga kita mendapat cinta yang Haq.... Amin...

No comments:

Post a Comment